Conceptualizing the Appointment of Mutawalli in Waqf Management: An Analysis Under the Negeri Sembilan Islamic Religious Council (MAINS)
Konseptualisasi Pelantikan Mutawalli Dalam Pengurusan Wakaf: Analisis Di Bawah Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)
Abstract
Pelantikan Mutawalli merupakan elemen penting dalam memastikan pengurusan harta wakaf yang cekap dan berkesan di bawah seliaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Kajian ini meneliti prosedur pelantikan Mutawalli, mengenal pasti cabaran yang dihadapi, serta menganalisis keberkesanan pengurusan harta wakaf melalui pelantikan Mutawalli yang tepat. Berdasarkan konsep Al-Qawiyy (kuat) dan Al-Amin (amanah), kajian ini mencadangkan satu model pelantikan yang lebih sistematik dan telus bagi memastikan pengurusan wakaf dapat dijalankan dengan lebih efisien dan berintegriti. Menggunakan pendekatan kualitatif, kajian ini melibatkan kajian literatur, temu bual mendalam dengan pegawai MAINS serta Mutawalli, dan soal selidik kepada pihak berkepentingan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kelemahan dalam pemilihan dan pemantauan Mutawalli boleh menjejaskan keberkesanan pengurusan wakaf. Oleh itu, kajian ini mengemukakan cadangan penambahbaikan termasuk garis panduan pelantikan Mutawalli dan mekanisme pemantauan yang lebih ketat. Hasil kajian ini diharapkan dapat dijadikan rujukan oleh negeri-negeri lain di Malaysia bagi memperkukuhkan pengurusan wakaf dan memastikan manfaatnya dapat dimaksimumkan untuk kepentingan masyarakat.